Sebenarnya saya sudah penat mencari tukang jahit ini, namun saya tidak boleh berhenti disini kerana perjalanan ini masih jauh utk sampai ke destinasinya. Saya tidak harus putus asa...itu azam saya...dan saya berpegang teguh dengan janjiNYA..."Berdoalah padaKU, NESCAYA akan KU perkenankan". Segalanya saya berserah padaNYA ...moga moga DIA mempermudahkan segalanya buat saya. Saya PASRAH...mungkin ada jalan yg lebih baik bagiku yg DIKAU aturkan..Amin.
Setelah sekian lama, saya terpaksa memaksa diri utk menjahit kembali kerana permintaan semakin byk sedangkan diluar sana persaingannya teramat hebat. Apa yg saya pelajari utk menjadi Usahawan yg berjaya, kita perlu juga tahu ilmu serta kemahiran dengan apa kita ceburi. Pengalaman kehilangan tukang jahit serta mengajar tukang jahit yg BENAK berkali kali menyebabkan saya menghadapi tekanan sehingga saya mula terasa rasa ingin melepaskan perniagaan yg telah saya ceburi ini. Mujurlah saya punyai kawan2 yg sentiasa memberi sokongan bilamana keadaan saya seakan akan hampir putus asa ini.
Kadang2 saya tidak faham kenapa org melayu kita tidak berminat dlm menjahit dan kita terpaksa mengupah tukang jahit negeri seberang. Saya beberapa kali kecewa dengan tukang jahit seberang setelah penat lelah mengajar mereka dan apabila mereka mahir, mereka mula demanding dan tidak tahu erti bersyukur. Mula hint kita nak cari tempat kerja lain....ataupun mereka kembali ke negara asal mereka dan menyambung apa yg mereka perolehi disini. Saya tidak kisah mmg itulah sifat manusia, takan selamanya mereka hendak kerja dibawah org lain...kalau ada kemahiran apa salahnya kita buka kedai pula tetapi apa yg saya kesalkan adalah sikap sombong dan gaya mereka meninggalkan kita seolah-olah angkuh menunjukkan kita ini terlalu mengharapkan mereka. Begitu juga keadaan bila kita apply utk mencari Pembantu Rumah seolah olah org Malaysia ini desperate sgt memerlukan mereka. Kalau boleh saya lebih suka org kita sendiri menjahit supaya aliran wang kita tidak senang2 mengalir ke negara mereka.
Huh...ni mcm seisi meluahkan perasaan tapi itulah yg dihadapi oleh saya lately. Penat. Sehingga tiada apa yg nak dipamerkan diblog ini..kerana fed up.
So hari ini...Penjahit2 diluar sana..yg mahir atau separa mahir atau tak mahir tp minat sgt2 nak menjahit..menjahit dirumah pun boleh diterima...maka ini peluang anda utk berkerja dengan Butik Dnaaz.
1. Pandai menjahit
2. Penjahit Sepenuh Masa.
3. Berkahwin/Bujang.
4. Kalau yg dah berkahwin area Shah Alam, PJ dan Puchong.
5. Gaji bergantung jumlah jahitan
Dengan penuh harapan kepada penjahit penjahit di luar sana yg merasakan andalah yg saya cari, maka hubungilah saya dengan email detail anda di imashu2004@yahoo.com.
Nama :
Umur :
Berkahwin/Tidak berkahwin:
Pengalaman :
Alamat :
No. Telefon:
Moga moga perniagaan butik dnaaz ini dapat diteruskan seperti sediakala. Saya sentiasa berdoa kepada DIA, saya dipertemu dengan tukang jahit yg baik, jujur dan committed dlm kerja. Amin..
No comments:
Post a Comment