Monday, July 16, 2012

Simplicity Pattern Malaysia

Salam...kami ada menjual simplicity pattern dimana senang sangat untuk yang minat menjahit terdapat pola dan juga cara2 menjahit cuma anda perlu sediakan kain saja potong dan jahit siap untuk dipakai setiap satu dgn harga RM45 ready stock



















































Thursday, July 12, 2012

Kelas Jahitan di Puchong

salam 

Kami menyediakan kelas menjahit setiap hujung minggu di Butik kami

-Baju kurung tradisional
-Baju kurung Moden
-Baju kebaya
-Jubah
-Blouse



1. Mengapakah anda digalakkan 
untuk mengambil kursus ini?

Anda boleh belajar apa sahaja 
fesyen kegemaran yang anda inginkan 
anda membayar mengikut jam/masa anda sendiri. 
Satu sesi 3 jam sahaja .. atau..
boleh meluangkan masa sehari selama 6 jam sekali gus 
untuk 2 minggu cuti anda. 
Semuanya mengikut waktu kelapangan 
anda sendiri (semasa waktu bekerja kami).


2. Siapakah sesuai untuk kursus ini?

Kursus ini sesuai bagi anda yang bekerja dan 
memilih hari kelapangan / cuti dengan mengisi 
kursus ini sebagai hobi.Dalam sesi kursus 
Seni Jahitan Pakaian Fesyen Pilihan ini, 
anda boleh memilih fesyen kegemaran untuk dipelajari. 
Berapa lama yang anda rasa ingin mempelajarinya, 
adalah bergantung kepada diri anda sendiri. 
Ada yang hanya mempelajari Baju Kurung atau 
Kebaya sahaja. Ada juga yang mempelajari 
hampir semua fesyen, sehingga setahun lebih.


3. Berapa lama boleh pandai? 

Jadi persoalan ini terlalu ’subjective’ berapa lama
 seseorang itu akan pandai. Bidang kemahiran 
adalah kemampuan individu, jika dilakukan 
selalu ia akan menjadi kebiasaan kemudian 
barulah menjadi mahir. Masa tidak dihadkan
 bagi setiap jenis fesyen; ada yang mengambil 
hanya 9 jam sahaja menyiapkan baju kurung & 12 jam 
untuk sepasang kebaya,ada yang tidak suka menjahit 
di dalam kelas kerana mereka hanya ingin belajar 
memotong sahaja. Pelbagai permintaan dari ramai peserta…
Anda bagaimana pula…?
Bagi yang tiada pengalaman menjahit atau 
tidak pernah menjahit, boleh pelajari teknik 
yang betul dan tepat, agar kekemasan jahitan 
tampak cantik dan dapat menaikkan mutu fabrik, 
meskipun murah harganya. Ramai yang telah 
membuktikan kemahiran diri dalam bidang ini. 
Menjahit juga memerlukan kesabaran dan 
teknik yang betul agar mudah difahami.





Harga bagi Kursus Fesyen Pilihan 


16 jam RM 250 – 1 kali seminggu(sabtu)
 x 4 jam/sesi=16 jam


Pendaftaran/Registration Fees : MYR50.00***

Followers